fbpx

Kerajaan tumpu pengeluaran getah cecair pada masa depan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap dengan pemberita di Bagan Datuk hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

BAGAN DATUK – Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan pengeluaran getah lateks atau getah cecair berbanding getah beku, bagi kegunaan industri tempatan pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia termasuk memperbanyak depoh pengeluaran lateks di dalam negara.

“Saya akan memberikan keprihatinan terhadap pengeluaran lateks dan memperbanyak lagi depoh pengeluaran lateks walaupun kita lihat getah beku masih banyak dikeluarkan.

“Namun kita harus mengambil peranan kerana sebanyak RM3 bilion digunakan untuk mengimport getah lateks dari luar negara bagi kegunaan industri tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ihya Ramadan al-Mubarak Tadarus al-Quran Perdana Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan harga lantai getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram menerusi Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Sebelum itu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mahu penghasilan lateks dapat dipertingkatkan, berikutan kira-kira 80 peratus kegunaan domestik bahan itu adalah hasil daripada import.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, perbelanjaan RM3 bilion itu boleh dijimatkan sekiranya pengeluaran lateks dalam negara dapat ditingkatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI