fbpx

Gula-gula getah diludah Robert Downey Jr dijual RM243,243

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Downey Jr. meletakkan gula-gula getah yang dibuangnya pada Walk Of Fame (WOF). - MailOnline

WASHINGTON – Sekeping gula-gula getah yang dikunyah dan diludah oleh bintang Hollywood, Robert Downey Jr. ditawarkan untuk dijual di laman jualan, eBay pada harga bermula AS$55,000 (RM243,243), lapor laman berita Wion News kelmarin.

Downey Jr. mempunyai ramai peminat terutamanya selepas kejayaan besar dia memegang watak Tony Stark dan Iron Man dalam filem Marvel.

Bagaimanapun,  fakta bahawa gula-gula getah yang dibuang oleh Downey Jr. dianggap sebagai komoditi yang tidak ternilai adalah membingungkan.

Orang ramai didakwa sanggup membayar harga yang tinggi hanya untuk memiliki sekeping gula-gula getah tersebut.

Gula-gula getah itu telah diletakkan oleh Downey Jr. di Walk Of Fame (WOF) milik pengarah film Iron Man, Jon Favreau sebagai jenaka.

Saluran berita ABC melaporkan bahawa ia akan dihantar di dalam bekas plastik kepada pembelinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI