fbpx

Zii Jia wajib sertai Road to Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (kiri) menerima kunjungan Hannah yang melakukan lawatan di Wisma MOM, semalam.

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) berharap segala kontroversi me­libatkan jaguh badminton No. 1 negara, Lee Zii Jia diketepikan dan mahu memastikan dia berada dalam projek Road to Gold (RtG) temasya Sukan Olimpik.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan sama ada Zii Jia akan kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan dibincangkan.

Tegas Norza, pihaknya enggan campur tangan soal peribadi kerana negara ketika ini mempunyai misi lebih besar iaitu memburu pingat emas pertama pada temasya empat tahun sekali itu yang membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

“Sama ada Zii Jia kembali sertai BAM ataupun tidak, keputusan saya dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh adalah tetap bahawa dia (Zii Jia) perlu berada dalam program Road to Gold.

“Apa saja bantuan untuk dirinya terutama dari segi latihan dan kejurulatihan serta keperluan lain, kita akan bagi sokongan sepenuhnya berpandukan terma dan kriteria ditetapkan.

“Ketika ini, kita tak ada masa yang panjang, (Olimpik) Paris sudah semakin hampir. Saya fikir kita hanya nak fokus dari sudut RtG itu,” kata Norza sewaktu menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Hannah di Wisma MOM semalam.

Spekulasi kepulangan Zii Jia ke pangkuan BAM hangat diperkatakan selepas Norza turut memuat naik gambar bersama juara All England 2021 itu beberapa kali di laman Instagramnya, namun mengakui pertemuan itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI