fbpx

Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YK mengaku bersalah merakam wanita mandi di sebuah kafe. - KlikKaltim

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 25 tahun di Indonesia ditahan selepas merakam seorang wanita mandi, lapor laman berita Suara.com.

Ketua Polis Samboja, Yusuf berkata, suspek berinisial YK merupakan seorang penduduk dari Samboja yang terletak di Kalimantan Timur.

YK merakam mangsanya ketika wanita itu mandi di sebuah kafe di Kampung Sei Merdeka, Samboja.

Mangsa yang mandi dalam keadaan tidak berpakaian terkejut apabila menyedari terdapat sebuah telefon bimbit di siling bilik air.

Dia kemudian keluar dan menemui YK sedang memegang telefon bimbitnya.

“Mangsa menelefon polis dan setelah memeriksa telefon bimbit YK, terdapat dua video yang memaparkan mangsa,” kata Yusuf.

YK tidak dapat melarikan diri dan mengaku bahawa sudah dua kali merakam mangsa di tempat yang sama.

Dia kemudian dibawa bersama bukti ke Ibu Pejabat Polis Samboja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI