fbpx

Kilang sarung tangan getah musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kebakaran melibatkan sebuah kilang pengeluaran sarung tangan getah musnah dalam kejadian kebakaran di Lukut, Port Dickson, petang tadi.

PORT DICKSON – Sebuah kilang pengeluaran sarung tangan dekat Bandar Springhill, Lukut dekat sini musnah dalam kejadian kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba Port Dickson, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.18 petang dan apabila anggota bomba tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan bangunan bangunan pemprosesan pengeluaran berkeluasan.

“Bangunan tersebut terbakar sebanyak 60 peratus. Kami berjaya memadamkan kebakaran tersebut dalam tempoh 20 minit dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.22 petang dengan turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Seremban, Seremban 2 dan Rantau.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ telah dilakukan bagi memastikan tiada punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI