fbpx

AS catat 9,870 kematian berkaitan senjata api dalam 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang budak lelaki meletakkan bunga sebagai memperingati mangsa insiden tembakan sebuah sekolah di Nashville, Tennessee, kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Satu laporan baharu mendapati sebanyak 9,870 kematian akibat insiden tembakan senjata api dicatatkan di Amerika Syarikat (AS) setakat tiga bulan pertama tahun ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Arkib Keganasan Senjata, negara itu merekodkan purata 114 kematian setiap hari. 

Pecahan data oleh Arkib Keganasan Senjata bukan hanya melibatkan pembunuhan bersenjata tetapi juga termasuk bilangan rekod kes bunuh diri menggunakan senjata api.

Data menunjukkan bahawa antara 9,870 orang yang maut setakat ini, majoriti iaitu 57.9 peratus mati akibat bunuh diri. Ini menggambarkan purata kira-kira 67 kematian akibat bunuh diri setiap hari untuk tahun 2023.

Tambah laporan sama, 338 daripada mereka yang terlibat adalah remaja manakala 60 lagi merupakan kanak-kanak.

Statistik yang sama turut mendedahkan bahawa 322 orang terbunuh dalam tembakan yang melibatkan pegawai, manakala 344 tembakan lagi adalah tidak disengajakan.

Kematian berkaitan senjata api yang dikesan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dibahagikan dalam beberapa jenis termasuk tidak disengajakan, melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan keadaan yang tidak dapat ditentukan.

Sementara itu, berdasarkan data lebih terperinci, sebanyak 129 insiden tembakan rambang berlaku setakat tiga bulan pertama tahun 2023. Arkib Keganasan Senjata mendefinisikan insiden tembakan rambang berlaku apabila empat atau lebih ramai mangsa ditembak atau dibunuh.

Daripada kesemua insiden tembakan rambang itu, ia telah menyebabkan 193 kematian dan 493 kecederaan setakat tahun ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI