fbpx

Arab Saudi hadiahkan 35 tan kurma kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (tengah) menerima sumbangan buah kurma daripada Saleh Ali (kanan) pada majlis pelancaran hadiah penjaga dua tanah haram Raja Salman di Kompleks Islam Putrajaya tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia menerima sumbangan hadiah berupa 35 tan kurma yang dihadiahkan oleh Arab Saudi.

Majlis simbolik penyerahan hadiah itu disempurnakan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menerusi satu program di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Hadiah berkenaan disumbangkan oleh Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul AziI Al-Saud.

Ia disampaikan oleh Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr. Saleh Ali Ismail Bedaiwi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Kerajaan Arab Saudi turut berkenan menyampaikan sumbangan 17,000 naskah al-Quran dan tajaan majlis berbuka puasa nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.

Mohd Na’im berkata, Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program itu.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan sentiasa mendoakan agar baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah.

“Malaysia berasa amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh Kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program ini,” katanya.

Katanya, sumbangan tahunan itu dilaksanakan Arab Saudi sejak lebih 20 tahun lalu dan ia diharap berterusan untuk rakyat negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI