fbpx

Penjelasan tiga ustaz isu baca bismillah 786 kali mak Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga orang ustaz yang menjelaskan isu baca bismillahirrahmanirrahim 786 kali mak Neelofa.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Fawwaz Mat Jan menjelaskan, walaupun tiada dalam hadis atau al-Quran tentang amalan membaca bismillahirrahmanirrahim 786 kali, tidak bermakna ia tidak boleh diamalkan.

Katanya, ia boleh diamalkan asalkan tidak berunsur syirik.

“Saya nak beritahu apa rahsia dia. Ada satu ilmu namanya hisabul al-jummal, setiap huruf ada nombor. Ba, sin, min (huruf-huruf dalam bismillahirrahmanirrahim) ada nombor, campur semua 786 kali.

“Sebab tu amal yang ni daripada subuh sampai sebelum subuh setiap hari 786 kali. Siapa ada hajat besar amal yang ni tujuh hari berturut-turut.

“Bermakna mula malam ni (Sabtu) sampai Jumaat. Tok guru kami pesan siapa nak beramal sila baca bismillah 786 kali tujuh hari berturut-turut, kalau lupa kena ulang dari awal,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi penceramah turut mempunyai pendapat yang sama iaitu, amalan berkenaan sangat berguna kepada mereka yang memiliki hajat besar untuk ditunaikan.

Menurutnya, ia perlu dibaca dengan bilangan tepat tanpa kurang atau lebih.

“Habis baca 786 kali tu niat apa yang kita nak. Habis niat, genggam tangan sebut innaka’alakullisyaiinqodir.

“Siapa yang mengaji ilmu bahasa, dia akan tahu setiap huruf dalam Arab ni ada angkanya sendiri. Campur semua nilai tu akan jadi 786.

“Allah ajar kita buat ikut nombor. Kan solat maghrib baca lailahaillallah lepas solat baca 10 kali jangan kurang. Jangan lebih. Setiap benda pasti ada rahsia kalau nabi suruh buat 33 mesti ada rahsia, kenaikan pasal tu nabi,” kongsinya.

Penceramah bebas, Ustaz Muhaizad Muhamed, turut bersetuju bahawa semua bilangan huruf-huruf dalam kalimah bismillahirrahmanirrahim itu bersamaan dengan 786 jumlahnya.

“Huruf alif, ba, ta ni dipanggil susunan hijaiyyah. Setiap huruf ada sifatnya dan ada orang susunan baca al-Quran bukan menurut sifat, tetapi menurut huruf,” ujarnya.

Baru-baru ini tular di sosial media tentang perkongsian ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed berkongsi kelebihan mengamalkan kalimah bismillahirrahmanirrahim sebanyak 787 kali sehingga menimbulkan pertikaian banyak pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI