fbpx

KBS teliti cadangan MOM bina bangunan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (tengah) mengadakan lawatan ke bangunan MOM hari ini dan bersedia untuk membawa cadangan pembinaan baharu ke peringkat Kabinet.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersedia merealisasikan impian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk memiliki bangunan baharu serba canggih bertemakan mesra alam dan teknologi hijau di Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya akan membawa perancangan tersebut ke peringkat kabinet sebelum diputuskan ke peringkat selanjutnya sebelum mendapat lampu hijau untuk dibangunkan.

Menurutnya, Wisma MOM yang sekarang ini terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur sudah dilihat tidak lagi sesuai untuk memandangkan kawasan tersebut dikelilingi sekolah dan bangunan komersial.

Pembinaan wisma baharu ini tidak akan membebankan dana KBS, sebaliknya MOM akan bekerjasama dengan syarikat pemaju untuk melaksanakan pertukaran aset (land swap) antara tanah dimiliki MOM dengan tanah milik kerajaan di Bukit Jalil.

“Sekarang kita perlu lihat dahulu tanah projek (lokasi baharu di Bukit Jalil), selepas itu model dan diikuti dengan dana. Bagaimanapun, ia perlu kelulusan kabinet dan saya akan mengangkat kertas (cadangan) ke kabinet.

“Saya perlu maklum balas ini untuk melihat kepada fasiliti, sebarang kekangan apabila ditanya nanti sedang untuk difahami. Lagi pun di sini juga mempunyai galeri yang sebenarnya boleh diakses oleh orang awam, cuma lokasinya di sini sangat kecil,” katanya di sidang media sempena mengadakan lawatan ke Wisma MOM hari ini.

Sementara itu, Norza mengakui bahawa mereka mahu mengikut jejak langkah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne, Switzerland yang sudah mempunyai bangunan baharu.

“Saya beranggapan bangunan MOM baharu di Bukit Jalil nanti akan menjadi satu monumen, satu kemegahan warga sukan negara kita. Ia juga untuk memodenkan persatuan sukan yang mempunyai pejabat di MOM dengan menyediakan pelbagai fasiliti asas (pejabat, bilik mesyuarat, bilik pentadbiran, muzium, pusat penyelidikan olimpik),” ujarnya.

Nilai tanah di Wisma MOM sekarang dianggarkan bernilai RM100 juta (2020) dengan berkeluasan 1.6 ekar dan menempatkan 14 persatuan sukan kebangsaan, tiga persatuan negeri serta Persatuan Penulis-Penulis sukan, Persatuan Olimpian Malaysia serta Persatuan Lumba Jalan Kaki.

Tanah bangunan ini yang berkeluasan 1.6 ekar mempunyai tempoh pajakan daripada pihak kerajaan selama 99 tahun sejak 1978 dan akan tamat pada 10 Ogos 2077.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI