fbpx

EPL: Chelsea tersepit, sudah tiada pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
beberapa pemain tonggak mungkin terpaksa dilepaskan Chelsea musim panas nanti bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat FFP yang ditetapkan. – AFP

LONDON – Chelsea terpaksa membuat ‘lelongan’ musim panas dengan menjual beberapa pemain mereka bagi memastikan status kewangan kelab itu berada dalam keadaan seimbang dan mengelak daripada berdepan tindakan.

The Blues dilaporkan menyertai beberapa lagi pasukan yang berdepan masalah dengan mencatat kerugian sebanyak £121 juta (RM655.48 juta) musim lalu dan keseluruhan sebanyak £274 juta (RM1.48 bi­lion) bagi tempoh dua musim terakhir.

Jumlah berkenaan dijangka meningkat untuk musim ini apabila pemilik baharu mereka, Todd Boehly telah mengeluarkan dana sebanyak £500 juta (RM2.7 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu.

Berdasarkan laporan, mereka dijangka tidak mempunyai pilihan kecuali melepaskan bebe­rapa pemain tonggak pada jendela perpindahan musim panas nanti untuk mengelak daripada dikenakan tindakan kerana me­langgar Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Mereka dilaporkan bersedia untuk memasukkan nama ­Edouard Mendy, Christian Pulisic dan Hakim Ziyech dalam senarai pemain yang akan dijual selain dua lagi nama pemain muda­nya, Conor Gallagher dan Mason Mount turut akan meninggalkan kelab itu.

Dalam pada itu, Chelsea juga mungkin terpaksa mendengar tawaran Manchester City yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kirinya, Ben Chilwell yang dianggarkan bernilai £70 juta (RM379.20 juta).

Kesemua urusan penjualan itu perlu diselesaikan sebelum atau pada 30 Jun nanti bagi menge­lakkan mereka terperangkap de­ngan jumlah perbelanjaan yang melebihi pendapatan sekali gus berdepan hukuman FFP.

Berdasarkan peraturan yang perlu diikuti semua kelab bertan­ding, mereka tidak boleh mencatat kerugian melebihi £105 juta (RM568.80 juta) bagi tempoh tiga musim, namun sedikit kelonggaran diberikan ekoran pandemik Covid-19 sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI