fbpx

[VIDEO] 50 khemah karnival Aidilfitri terbalik, barang jualan rosak dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khemah dan barang jualan di tapak karnival jualan Aidilfitri di Padang Serai rosak dan terbalik akibat dibadai ribut sebentar tadi.

PADANG SERAI – Kira-kira 50 khemah niaga termasuk bersaiz besar di tapak karnival jualan Aidilfitri rosak dan terbalik dalam kejadian ribut kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan barang jualan seperti pakaian dan kelengkapan raya bertaburan dan basah.

Insiden itu turut melibatkan kira-kira tujuh khemah bazar Ramadan, selain beberapa kenderaan rosak dihempap khemah terbalik.

Video memaparkan kerosakan khemah dan barang jualan viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Seorang penduduk, Ilya Farhan Mohd. Ilias, 36, berkata, kejadian angin kencang itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan menerbangkan kesemua khemah niaga di situ.

“Secara kebetulan, saya baru melalui tapak jualan tersebut dan melihat kesan kerosakan akibat ribut.

“Semua khemah peniaga termasuk khemah di pentas utama karnival patah dan terbalik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI