fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen blok kerajaan turut disiasat pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap Ahli Parlimen tidak hanya dalam kalangan pembangkang, malah blok kerajaan turut terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun beliau tidak mengetahui secara khusus berhubung siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap Ahli Parlimen tersebut.

“Saya tidak tahu secara khusus, tapi saya dimaklumkan memang ada siasatan melibatkan pembangkang dan blok kerajaan. Saya tidak tahu jawatan sebagainya kerana apabila ada soalan ini, saya hanya bertanya pihak penguatkuasaan.

“Mereka sahkan memang ada siasatan, kemudian pendakwaan dibuat atau tidak itu terserah kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung sama ada siasatan atau pendakwaan dilakukan terhadap blok kerajaan sama seperti dilakukan ke atas pembangkang.

Mengenai siasatan dana politik, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun terbuka terhadap perkara tersebut.

“Saya terbuka dan tidak ada masalah, cuma kena faham undang-undang sekarang ini membolehkan derma kepada parti. Yang dikaitkan pendakwaan sebelum ini ialah pendakwaan terkait kontrak yang diberikan.

“Kalau ada cadangan, permasalahan dan kekhuatiran bahawa ada unsur rasuah dalam parti PKR, boleh dibangkitkan dan saya tiada masalah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI