fbpx

Lembut dan manis, rupa-rupanya ada ulat dalam kurma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan pengguna di Aplikasi Twitter, kurma dipenuhi telur kumbang.

PETALING JAYA – Seorang pengguna berkongsi rasa tidak puas hati apabila telah termakan kurma yang mengandungi telur kumbang ketika berbuka puasa semalam.

Kurma yang dibeli untuk dijadikan sebagai santapan ketika berbuka puasa itu mengandungi ulat dan lebih malang lagi dia sudah termakan dalam bilangan yang banyak kongsinya di Twitter.

“Dah termakan banyak biji kurma ni, baru perasan ada telur ulat, dan ada yang dah jadi ‘larva’. Patutlah kurma ni lembut dan manis” ujar Faiq.

Lelaki yang dikenali sebagai Faiq itu menasihati kepada semua pengguna untuk berhati-hati dalam membeli dan memilih kurma untuk dijadikan santapan berbuka puasa, bagi mengelakkan kejadian yang sama ini berlaku.

Faiq juga turut berkongsi hantaran daripada Public Health Malaysia, untuk tidak lupa mengopek dan membasuh kurma sebelum dimakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terkejut dan ada yang berkongsi pendapat mengenai kejadian ‘Malang’ yang menimpa Faiq.

“Benda tu ulat ke? Haritu aku termakan sebab sedap, ingatkan gula kurma yang bergumpal. Loya pulak tekak” komen Pina.

“Selalunya kurma ni kena belah dulu, tengok bahagian biji sebelum makan. Kebiasaannya dekat situ boleh nampak ada ulat atau bendasing, sebab kurma tu sendiri dah lama” kata Gaga.

Salah seorang individu yang ingin dikenali sebagai Azhar turut menasihati pengguna yang lain untuk sentiasa periksa tarikh pengeluaran kurma sebelum membeli.

Perkongsian tersebut menjadi tular apabila berjaya meraih 509,000 ribu tontonan, 2158,000 ribu ulang siar dan 1998,000 ribu tanda suka- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.