fbpx

Hormat sikap profesional Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ AHMAD

KEMELUT antara Syamsul Yusof dengan Datuk Aaron Aziz rupa-rupanya turut memberi tempias kepada pelakon-pelakon filem The Original Gangster lain seperti Sharnaaz Ahmad.

Sehinggakan ada yang mahu dia dan Beto Kusyairy menarik diri daripada filem tersebut.

Tetapi tegas Sharnaaz, dia tidak akan melakukan hal tersebut atas dasar profesionalisme.

“Tidak, kami profesional dan tak akan tarik diri daripada projek yang belum selesai.

“Sebagai pengarah (Syamsul), dia meraih sokongan penuh dan respek daripada saya.

“Yang tahu sahaja mengerti. Semakin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda,” jawabnya kepada seorang pengguna Twitter.

Entahlah, Diva sendiri tidak tahu siapa betul atau salah ketika ini. Masing-masing mempunyai pandangan dan prinsip.
Harapnya, kemelut ini tidaklah berpanjangan dan berakhir dengan baik.

DIVA: Bagus Sharnaaz ada hubungan baik dengan bekas isteri demi anaknya, perkara sebegini perlu diberi pujian melambung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI