fbpx

Wanita selamba tangkap ular sawa, lelaki pula melompat takut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu memegang kepala ular tersebut apabila ia diangkat ke atas tanah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang wanita cuba menangkap ular sawa di dalam sebuah parit, lapor laman berita Suara.com.

Video berdurasi 31 saat itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah.

Seorang wanita kelihatan cuba menangkap seekor ular sawa menggunakan tangan tanpa peralatan kerana reptilia itu didakwa cuba menelan seekor kucing.

Dia pada awalnya cuba menarik ekor ular sawa berkenaan ketika disaksikan oleh beberapa penduduk. Ular itu kemudian memuntahkan kucing yang ditelannya.

Tidak lama kemudian, dua lelaki cuba membantu wanita tersebut yang menghadapi masalah untuk mengangkat ular berkenaan. 

Wanita itu mencengkam kepala ular tersebut. Salah seorang daripada lelaki yang membantunya kelihatan melompat kerana khuatir dipatuk.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pak cik-pak cik dibuat tidak mempunyai maruah diri (keberanian), berlari ke sana ke sini,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI