fbpx

Malaysia import RM267.8 juta kurma tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Malaysia telah mengimport sebanyak RM267.8 juta kurma pada tahun lalu dari beberapa negara bagi keperluan umat Islam di negara ini.

Data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, tiga negara teratas bagi import kurma tahun lalu iaitu Tunisia dengan nilai import sebanyak RM80.7 juta yang mewakili 30.2 peratus.

Selain itu, katanya, negara kedua ialah Arab Saudi (RM50.6 juta) mewakili 18.9 peratus dan Iran (RM38.9 juta) yang mewakili 14.5 peratus.

Dalam pada itu, DOSM turut menyenaraikan tiga negeri tertinggi yang mengimport kurma tahun lalu iaitu beberapa bulan sebelum Ramadan.

“Daripada RM48.1 juta nilai import, Pulau Pinang paling tinggi dengan RM20.3 juta diikuti Selangor RM15 juta dan Kuala Lumpur (RM6.9 juta).

“Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor kekal sebagai pengimport utama kurma tertinggi sejak Februari 2021,” katanya.

Sementara itu, sempena bulan Ramadan, DOSM turut berkongsi jumlah masjid mengikut negeri dengan Sabah memiliki masjid paling banyak iaitu 1,141 buah diikuti Johor (850), Perak (706), Pahang (652), Kelantan (600), Kedah (594) dan Terengganu (514).

Selain itu, Selangor dengan 442 buah masjid, Sarawak (408), Negeri Sembilan (305), Pulau Pinang (214), Melaka (201), Perlis (106), Kuala Lumpur (84), Labuan (15) dan Putrajaya (3).- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI