fbpx

Lelaki bergelut dengan MBPJ, halang tangkap anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki berkenaan cuba menghalang pihak MBPJ daripada menangkap anjing-anjing liar pada Rabu lalu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan dipercayai terkena batang rod menangkap anjing liar susulan tindakannya yang menghalang pasukan operasi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) daripada menangkap anjing liar, di Taman Kanagapuram, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan video tular penangkapan anjing-anjing liar oleh pihak MBPJ sekitar pukul 10 pagi semalam.

Jelasnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam dan operasi penangkapan anjing-anjing liar atas sebab aduan orang awam yang diterima oleh pihak MBPJ.

“Sewaktu operasi penangkapan dijalankan, terdapat seorang lelaki tempatan cuba melindungi anjing-anjing liar dengan memasukkan anjing-anjing liar tersebut dalam premisnya.

“Pengadu dan pasukan cuba menghalang lelaki tempatan tersebut daripada menutup pintu premis supaya operasi penangkapan anjing-anjing liar boleh dilaksanakan.

“Susulan pasukan operasi gagal melaksanakan tugas penangkapan, berlaku pergelutan di antara pasukan dengan lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia terkena batang rod menangkap anjing,”jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

“Orang ramai diminta mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah serta tidak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan.

“Sebarang maklumat berkenaan perlakuan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” pesannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI