fbpx

10 PATI ditahan tengah laut, bawa wang tunai RM16,594

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 PATI ditahan selepas dipercayai cuba menyusup masuk ke dalam negara melalui perairan.

MELAKA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Indonesia yang cuba menyusup masuk melalui perairan negara, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, kesemua warga asing berusia antara 12 sehingga 43 tahun itu ditahan dalam Op Merpati I Kawasan Tanggungjawab Operasi (KTJ) Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Katanya, pergerakan kumpulan itu dikesan menerusi Radar Gempita 8X8 dan ditahan Trup Pengawasan Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) pada pukul 12.50 tengah malam.

“Rejimen 2 KAD yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Op Merpati I bermula 19 Mac lalu sehingga 19 Mei 2023 ini telah berjaya menghidu kehadiran PATI berkenaan.

“Sembilan daripada yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mereka seterusnya di bawa ke Balai Polis Bayu Damai, Johor untuk menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit,” katanya.

Tambahnya, kesemua PATI yang didapati negatif Covid-19 ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Johor Bahru pada pukul 11 pagi semalam.

“Dalam penahanan itu, pasukan turut merampas wang tunai berjumlah RM16,594.20 dan 14 buah telefon bimbit yang terdiri daripada pelbagai jenama.

“Ketumbukan 3 Divisyen akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara melalui pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI