fbpx

Wanita rugi RM37,217 terpedaya pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Seorang wanita berputih mata apabila keterujaannya untuk menjana keuntungan besar melalui skim pelaburan dalam talian menyebabkannya kerugian sebanyak RM37,217.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata pada awal, wanita berusia dalam lingungan 30-an itu telah melihat iklan pelaburan Forex di dalam Telegram dan terus berminat untuk melabur di dalamnya.

“Mangsa telah berminat mengikuti pelaburan itu dan menekan pautan http:llh5.Childress.live.

“Mangsa telah membuat tujuh kali transaksi ke dalam lima akaun berasingan bermula 8 sehingga 20 Mac lalu untuk memperolehi ‘mata’ dan keuntungan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya mangsa kemudian diminta membuat pindahan wang sebanyak RM41,447 bagi mendapatkan semula wangnya beserta bonus iaitu sebanyak RM273,439.

Zulkipli berkata, mangsa yang curiga dan merasakan dirinya diperdaya kemudian membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan Bank Negara bagi memastikan kesahihan pelaburan yang dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI