fbpx

Wanita buntu tunang ketagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan dia mengalami kebuntuan selepas mengetahui tunangnya mengambil dadah.

Perkara itu didedahkan wanita terbabit apabila dia meminta berkongsi pendapat di Twitter sekiranya orang terdekat terlibat dengan dadah.

Lebih parah, tunang wanita itu turut dikatakan tidak diendahkan keluarga meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

Menurut seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Muaz, untuk berhadapan dengan situasi begini, perlu bersabar dan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk berubah.

Selain itu, Miss Mottt pula berpendapat, dia boleh melaporkan tunangnya itu kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan boleh menyertai Klinik Methadone untuk (rawatan terapi).

Langkah ini merupakan satu proses yang sangat panjang namun berbaloi sekira tunangnya itu sanggup untuk berusaha dan membuang semua tabiat buruknya.

“Dia kena buang semua kawan-kawan yang ambil benda tu ‘dadah’, sentiasa jaga dan perhatikan dia” kata Miss Mott.

Isu tersebut menjadi perdebatan serius antara pengguna yang lain sehingga mencecah lebih 701,000 tontonan, 2971 tanda suka dan 601 ulang siar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI