fbpx

Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 terima anugerah kejuruteraan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizar (tiga dari kiri) bergambar dengan anugerah tersebut di tapak TT5 di Tanjung Tualang, Batu Gajah hari ini.

BATU GAJAH – Warisan ikonik perlombongan bijih timah, Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 (TT5) menjadi kapal korek pertama di dunia menerima Anugerah Kejuruteraan Warisan Institution of Mechanical Engineers (IMechE) dari United Kingdom.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mewakili Menteri Besar Perak menerima anugerah tersebut dari Presiden ImechE, Eur Ing Phil Peel dalam satu majlis di TT5, Tanjung Tualang di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri berbesar hati dengan penganugerahan daripada sebuah organisasi antarabangsa yang mengiktiraf monumen kejuruteraan mekanikal tersebut.

“Berdirinya sebuah kejuruteraan menakjubkan di Tanjung Tualang ini adalah tanda kebanggaan negeri Perak dengan pengeluaran biji timah yang menjadi teras ekonomi Tanah Melayu ketika dahulu.

“Dalam memastikan warisan ini terpelihara, MB Inc. telah diberikan mandat oleh kerajaan negeri untuk memulihara kapal korek tersebut bagi memastikan warisan berharga ini terus diingati dan diketengahkan,” katanya ketika majlis tersebut di sini hari ini.

IMechE telah memilih dan mengiktiraf TT5 yang berusia 85 tahun sebagai penerima anugerah berkenaan kerana ia menepati kriteria penganugerahan tersebut.

Kriteria yang ditetapkan berkenaan ialah terpelihara dengan baik, telah memberi sumbangan kepada ekonomi negeri dan negara dan mempunyai ciri warisan tersendiri.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.), Nor Afzanizam Abd. Manan berkata,
penganugerahan Anugerah Kejuruteraan Warisan IMechE itu mengiktiraf usaha kerajaan negeri dalam memelihara dan memulihara warisan kapal korek tersebut.

“Kapal korek tersebut merupakan yang satu-satunya masih lagi kekal di negeri Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI