fbpx

Annuar Zaini sandang jawatan Pengerusi UDA baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Zaini (dua dari kanan) menerima pelantikan daripada Ewon Benedick (dua dari kiri) sambil disaksikan Salem (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noor Afifah Abdul Razak (kiri).

KUALA LUMPUR- Tan Sri Datuk Seri Mohd Annuar Zaini hari ini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) bagi menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim.

Annuar yang memiliki Ijazah Sarjana Perundangan dan Diplomasi dari Tufts University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1977.

Beliau juga sempat berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat Persekutuan serta Kerajaan Negeri Perak.

Pada tahun 1999, beliau memilih bersara secara pilihan daripada jawatan kerajaan untuk menceburkan diri dalam sektor swasta.

Selain itu, beliau sempat menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (2021), Pengerusi MRCB Land Sdn Bhd (2022) dan Pengerusi Metropolitan Utilities Sdn Bhd (sejak 1993).

Seterusnya, beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Penasihat dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (2007-2009), Pengerusi BERNAMA (Februari 2004 – Januari 2010) dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad (2001-2004), Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airline System Berhad (2005-2011).

Selanjutnya, beliau pernah berkhidmat di PLUS Expressways Berhad (2007-2012), Tropicana Corporation Berhad (2010-2015), Ahli Lembaga Pengarah (Bebas dan Bukan Eksekutif) Manulife Holdings Berhad, Manulife Insurance Berhad dan Manulife Investment Management (M) Berhad (2011-2020).

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya yakin pelantikan berkenaan dapat memperkasa golongan usahawan.

“Kita yakin beliau mampu membawa UDA untuk bersama-sama kementerian memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya.

“Pada masa sama, ia membantu menyokong hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany sempat mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan pelantikan Annuar dalam menerajui kepimpinan syarikat.

“Semoga kepimpinan beliau menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA di masa hadapan,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI