fbpx

Dua lelaki didenda bantu ‘ah long’ pasang iklan pinjaman wang tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Dua lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan memasang iklan berkaitan pinjaman berkenaan, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh pemandu lori, S. Navinraj, 22 dan pekerja bengkel besi buruk, A. John Bosco, 22, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mahkamah menetapkan sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menjalankan kegiatan memasang iklan berkaitan pinjaman wang tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 1.50 tengah hari di Jalan Haruan 4/9, Oakland di sini, 22 Februari lalu.

Sehubungan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29AA(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ardelliza Izmaryanti Shafie yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk denda yang paling minimum dengan mengambil kira pengakuan mereka.

Pihak pendakwaan dikendalikan olehTimbalan Pendakwa Raya Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI