fbpx

Cubaan ponteng sekolah gagal, ditahan lepas panjat pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang kanak kanak ketika cuba meloloskan diri daripada pagar besi sekolahnya.

Petaling Jaya – Cubaan seorang kanak-kanak melarikan diri dari sekolah pada hari pertama sesi persekolahan kelmarin mencuit hati orang ramai.

Menerusi rakaman yang dikongsi @Tiney_eny semalam memperoleh 100,000 tanda suka dan rata-rata ramai kagum dengan kelincahan kanak-kanak terbabit.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak terbabit cuba meloloskan diri dengan cara menyelinap melalui lubang pagar sebelum ditangkap pengawal keselamatan sekolah.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bertindak bijak dengan menyidai dahulu tudung yang dipakainya di pagar sebelum melarikan diri.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai berkenaan video tular itu.

“Kesian dia mungkin tidak bersedia lagi untuk ke sekolah. Untuk para ibu, setahun sebelum anak sekolah, biasakan dia bergaul dengan kawan-kawan dan banyakkan aktiviti bersama rakan sebaya,” komen Nad.

“Aduh, jangan lari adik. Dekat luar sana banyak penjahat. Peranan pengawal keselamatan sangat besar,” kata Christ Ucan.

“Kita sama adik bezanya saya tidak kantoi tapi bapa jumpa tepi jalan masa dia nak beli nasi lemak” ujar Danishboiiiii.

Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Norsahila Hashim menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pada awalnya anaknya itu ditemani oleh bapanya dari rumah sehinggalah ke kelas.

Namun, menurut wanita itu, anaknya mula melarikan diri dari sekolah sehingga berani memanjat pagar selepas menyedari ayahnya sudah pulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI