fbpx

Toyota terima 5,000 unit tempahan Vios generasi keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ravindran K (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran Toyota Vios generasi keempat di M Resort Hotel, malam ini.

PETALING JAYA – UMW Toyota Motor telah menerima 5,000 unit tempahan model Vios generasi keempat, sejak dibuka pada 24 Februari lalu.

Menurut Presidennya, Datuk Ravindran K, pihaknya menerima maklum balas luar biasa untuk model itu dan ia adalah bukti populariti Toyota Vios di pasaran Malaysia.

“Kami telah melancarkan model Vios generasi keempat yang merupakan sedan subkompak popular dalam pasaran kereta bukan nasional Malaysia.

“Sehingga kini lebih setengah juta unit Vios terjual sejak diperkenalkan pada tahun 2003,” katanya pada majlis pelancaran model itu di M Resort Hotel, di sini malam ini.

Tambahnya, dua varian ditawarkan iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT) serta lima pilihan warna dengan Spicy Scarlet (merah) tampil sebagai pilihan terkini.

“Model baharu yang amat dinanti-nantikan ini menawarkan prestasi lebih baik, pecutan lebih pantas dan teknologi baharu menjadikannya pilihan lebih menarik kepada pelanggan yang sedang mencari kereta yang boleh dipercayai, cekap dan mampu milik.

“Selaras dengan trend Toyota dalam menawarkan kereta lebih baik, kami telah menggabungkan teknologi automotif termaju dengan spesifikasi yang di naik taraf bagi menyediakan nilai terunggul dalam pemilikan model ini,” tambahnya.

Jelasnya, model itu menggunakan enjin 1.5-liter DOHC Dual VVT-i yang telah dipertingkatkan dan transmisi tujuh kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic.

Model itu ditawarkan pada harga bermula RM89,600 dan sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (1800-8-869682). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI