fbpx

Mahkamah: Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid dan Diana berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

SHAH ALAM – Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Pernohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6, – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI