fbpx

Kerajaan pertimbang monopoli Touch n’ Go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap pada Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan mempertimbangkan semula monopoli syarikat Touch n’ Go Malaysia.

Anwar turut menyifatkan tiada perkembangan besar selepas lebih dua dekad beroperasi di negara ini.

“Touch ‘n Go sudah beroperasi lebih dua dekad, tiada kemajuan meyakinkan dalam sistemnya.

“Kita akan pertimbangkan semula monopoli terhadap Touch ‘n Go,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peserta program Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI