fbpx

Garis panduan bagi kawasan berisiko sudah siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Di Air, Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Senok, Bachok hari ini. Foto oleh TOREK SULONG/ KOSMO!

BACHOK – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah menyiapkan garis panduan untuk semua kawasan berisiko tinggi di seluruh negara melibatkan cerun bukit, air terjun, tepi sungai dan tapak perkhemahan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, garis panduan tersebut bertujuan mengelakkan insiden tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor sebelum ini berulang.

“Saya harap semua pihak dapat mematuhi garis panduan yang di tetapkan oleh KPKT dan tujuan utama garis panduan ini dilaksanakan agar tiada lagi kemalangan dan kematian di kawasan tertentu pada musim cuti sekolah atau musim perayaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Di Air, Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Senok, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, KPKT) memberi keutamaan dalam memperkasakan fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam pelbagai aspek termasuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta keperluan dalam mendepani pelbagai situasi, musibah dan bencana.

“Sehubungan itu, fokus utama KPKT adalah perolehan aset-aset kebombaan untuk pasukan khas termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melibatkan 628 anggota di 46 buah balai bomba untuk tugasan penyelamatan di air.

“Ia termasuk perolehan 100 unit set ‘Swift Water Rescue’ bagi kegunaan latihan di akademi JBPM, enam unit ‘Fire Boat’ dan 150 unit bot berserta aksesori penyelamatan komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI