fbpx

Sistem bayaran rosak, trafik tidak bergerak sejam di tol Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar dikongsi pengguna yang melalui Plaza Tol Bentong petang tadi.

PETALING JAYA – Trafik dilaporkan tidak bergerak hampir satu jam selepas sistem bayaran Touch n Go (TnG) di Plaza Tol Bentong menghala Pantai Timur rosak hari ini.

Seorang pengguna yang mahu dikenali Faris, 32, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 petang tadi menyebabkan trafik langsung tidak bergarak hampir satu jam.

“Ini bukan kali pertama berlaku, dalam keadaan seperti ini sepatutnya staf Plaza Tol cepat buat kerja, walau dipaksa dan ditanya mereka (kakitangan plaza tol) kata ikut prosedur.

“Masalahnya keadaan trafik tidak bergerak ini dah berlaku lama, kereta langsung tidak bergerak,” katanya kepada Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI