fbpx

Rakyat Russia ‘lari’ ke Thailand elak sertai perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong berjalan di sepanjang pantai di Railay, Krabi pada 7 Disember 2022. - AFP

BANGKOK – Berpuluh-puluh ribu rakyat Russia didakwa melarikan diri ke Thailand untuk mengelak daripada menyertai perang di Ukraine, lapor akhbar The Sun semalam.

Pusat-pusat peranginan yang terkenal dalam kalangan pelancong seperti Phuket telah dibanjiri dengan kehadiran pelancong Russia.

Sebilangan mereka dilaporkan telah mendiami kawasan-kawasan kejiranan di Thailand dan tidak berniat untuk pulang ke tanah air.

Angka menunjukkan sekurang-kurangnya 233,000 rakyat Russia tiba di Pulau Phuket sejak November tahun lalu.

Situasi itu membawa kepada lonjakan harga rumah susulan ketibaan golongan kelas pertengahan yang kaya menyewa atau membeli kediaman untuk didiami menggunakan pas pemastautin.

Di bandar Pattaya, seorang pelatih tentera, Nikolai, 25, berkata, dia telah mengembara  ke Thailand, Kemboja dan Laos untuk melarikan diri daripada perang.

“Ini bukan perang saya. Saya tidak pernah mengundi Presiden Vladimir Putin.

“Saya tidak boleh menghentikan perang dengan berada di Russia, tetapi keupayaan dan kewangan membolehkan saya untuk tidak menyertai tentera dan tidak menentang Ukraine,” kata Nikolai.

Seorang broker insurans dari bandar Vladivostok yang enggan dikenali berkata: “Gelombang besar lelaki muda (warga Russia) yang tiba di sini (Thailand) untuk tempoh yang tidak ditentukan adalah mustahil untuk dielakkan.”

Kira-kira 200,000 askar Rusia terbunuh atau cedera dalam perang Ukraine sejak tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI