fbpx
Laluan untuk memasuki Hutan Simpang Yon, Jerantut.

14 hari sesat dalam hutan, tak rasa lapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – “Saya ingatkan baru dua hari sesat, rupanya sudah 14 hari hilang,” kata seorang lelaki yang sesat di Hutan Simpang Yong, Jerantut di sini pada tahun 2019.

Lelaki yang dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia terkejut apabila pasukan penyelamat yang menemukannya di tebing sungai menyatakan dia tersesat selama 14 hari kerana berasakan baru hendak pulang.

Menceritakan peristiwa ber­kenaan, katanya, pada masa itu dia memasuki hutan atas urusan kerja bersama seorang rakan sebelum tiba-tiba ditinggalkan rakannya yang berada di hadapan ketika perjalanan balik.

“Semasa dalam perjalanan saya berasa sakit kaki dan memperlahankan langkah sebelum ditinggalkan rakan yang berjalan jauh di hadapan.

“Selepas melalui kawasan dipenuhi pokok daun payung, saya berasa memasuki satu kawasan luas yang agak berlainan dan saya terus berjalan menyusuri anak sungai,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, semasa berada di kawasan itu dia menghilangkan dahaga dengan meminum air sungai dan menangkap udang menggunakan baju untuk makanan serta tidur di atas batu bagi mengelak kesejukan.

Katanya, tiada apa yang pelik sepanjang kehilangannya ke­cuali pada hari sebelum ditemui pasukan penyelamat dia melihat aliran air seolah-olah naik dan tidak menuruni bukit.

“Bila pasukan penyelamat jumpa mereka kata saya sudah 14 hari hilang, saya tidak percaya apatah lagi dengan keadaan fizikal saya yang masih bertenaga.

“Berdasarkan maklumat juga kawasan yang saya berada ha­nya dalam jarak radius satu kilo­meter dan saya tidak pergi terlalu jauh, bermula berhampiran sebuah gua,” katanya.

Dalam pada itu, menceritakan mengenai detik sebelum dia tersesat di dalam hutan, Ahmad memberitahu, beberapa malam sebelum kejadian dia sudah bermimpi beberapa perkara yang pelik termasuk pergi ke tempat yang jauh.

Katanya, semasa berkhemah di dalam hutan berkenaan dia juga pernah tiba-tiba nampak satu kawasan lapang yang berlainan dengan tapak perkhemahan sekelip mata.

“Apa saya bersyukur kerana selamat dan dapat balik ke rumah serta meneruskan kehidupan pada masa ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN