fbpx

Saya sihat, belum meninggal lagi – Ezad Lazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tentang berita kematian Ezad dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan rohnya.

PETALING JAYA – Penyanyi Ezad Lazim terkejut apabila menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada keluarga dan juga kenalan tentang berita dirinya yang dikatakan telah meninggal dunia.

Ezad atau nama lengkapnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia menerima tangkap layar berita yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia, semalam dan telah dihujani dengan panggilan telefon untuk mengesahkan berita tersebut.

“Saya terima tangkap layar tentang berita itu pada semalam (Khamis) dan terkejut apabila di dakwa telah meninggal dunia. Sejak berita itu tular, ramai yang telah menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.

Ujar penyanyi berusia 44 tahun itu lagi, tajuk yang digunakan oleh artikel itu berbeza kandungan yang diceritakan dalam artikel tersebut yang bercakap tentang kematian adiknya pada tahun lalu.

“Tajuk artikel tentang kematian saya. Tetapi kandungannya tentang adik saya yang meninggal dunia tahun lalu,” ujar Ezad.

Pada masa sama, pelantun Jesnita itu turut kesal apabila berita tentang dirinya yang dikatakan meninggal dunia telah berlaku sebanyak dua kali.

“Sebenarnya dah dua kali saya dikhabarkan meninggal dunia. Kali pertama pada tahun lalu ketika saya sakit dan terlantar di hospital.

“Saya tidak faham kenapa perkara seperti ini timbul. Pada saya orang yang buat berita ini memang biadab,” kata Ezad.

Dalam perkembangan lain, Ezad berkata dirinya berada dalam keadaan sihat dan baharu sahaja melancarkan single baharu berjudul Kasihku Abadi 2023 bersama kumpulan nasyid, In-Team hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial tangkap layar tentang berita kematian Ezad dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan rohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI