fbpx

Ferrari rempuh Toyota Camry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Ferrari selepas merempuh kereta lain dari arah belakang ketika di Kilometer 144 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Pagoh, Muar hari ini.

MUAR- Sebuah supercar jenis Ferrari terlibat kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu dalam kejadian di Kilometer 144, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian pada pukul 7.25 pagi itu, kereta Ferrari F12 Berlinetta yang dipandu lelaki dari Singapura merempuh belakang sebuah kereta Toyota Camry yang dinaiki empat lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta supercar dipandu warga asing berusia 22 tahun dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur terlanggar belakang kereta mangsa yang berada di lorong kanan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan tersebut terbabas ke kanan jalan. Kesemua penumpang kereta Toyota Camry cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat penolong pegawai penyiasat daripada Unit Siasatan Lebuh Raya Bukit Aman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI