fbpx

Bomba selamatkan anak lembu jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak lembu yang terperangkap di dalam longkang sebelum diselamatkan anggota bomba di Jalan Utama Antaragapi, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Seekor anak lembu dibawa keluar sepasukan bomba selepas didapati terperangkap dalam longkang di Jalan Utama Antaragapi, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 6.12 petang tadi.

Katanya seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor anak lembu jatuh ke dalam longkang.

“Anggota bertugas menangkap dan mengangkat anak lembu tersebut menggunakan hos ke kawasan yang selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, selesai mengalihkan anak lembu tersebut anggotanya bergerak kembali ke balai bomba. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI