fbpx

140 buah rumah di Kudat terima sistem solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruddy menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Program PETRONAS Memacu Kehidupan Membabitkan Tiga Kampung di Pulau Banggi, Kudat hari ini. -Foto IVAN AMIRUL/KOSMO!

KUDAT – Sebanyak 140 buah rumah penduduk di tiga kampung di Pulau Banggi, di sini bakal menikmati kemudahan baharu menerusi pemasangan sistem tenaga solar yang dilaksanakan Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Floating LNG (PFLNG).

Kampung yang terlibat ialah Kampung Rahmat, Kampung Semayan dan Kampung Dogoton.

Menerusi kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri, pemasangan sumber tenaga solar itu mampu memberi manfaat kepada lebih 700 penduduk di tiga kampung tersebut yang dijangka siap sepenuhnya menjelang September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PFLNG, Azrul Roshazli Ab. Rahman berkata, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pemasangan sistem solar di tiga buah surau di tiga kampung sama yang sudah siap dipasang pada bulan lalu.

“Ia diikuti dengan pemasangan sistem solar di 140 buah rumah penduduk di tiga kampung berkenaan yang dijangka siap September tahun ini sekali gus akan menyediakan tenaga bersih secara percuma kepada lebih 700 penduduk.

“Kita yakin sistem tenaga solar ini akan membawa manfaat besar dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk di kampung yang terlibat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Petronas Memacu Kehidupan Membabitkan Tiga Kampung di Pulau Banggi hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Seri Dr. Ruddy Awah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI