fbpx

Menghendap guna kamera tersembunyi, GPS satu kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

PUTRAJAYA – Tindakan menjejaki (tracking) seseorang menggunakan sebarang cara seperti kamera tersembunyi atau sistem posisi sejagat (GPS) merupakan satu kesalahan menghendap (stalking).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu antara penambahbaikan yang dibuat kerajaan bagi mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap.

“Penambahbaikan ini khusus bagi menangani kes-kes di mana seseorang dijejaki tanpa elemen secara fizikal oleh mana-mana orang dengan menggunakan apa-apa peralatan atau apa-apa kaedah lain contohnya kamera tersembunyi atau GPS ‘tracker’ bagi tujuan menghendap dan si pelaku juga tidak berada berdekatan dengan mangsa ketika melakukan perbuatan tersebut.

“Cadangan undang-undang menghendap (anti-stalking) ini melibatkan pindaan Kanun Keseksaan (Penal Code) [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code) [Akta 593],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan memandang serius dan terus komited mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap.

Sehubungan itu, pasukan yang diketuai sendiri oleh beliau telah mengadakan beberapa sesi bersama-sama dengan Women’s Aid Organisation (WAO), Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara (Bahagian Gubalan dan Bahagian Pendakwaan) untuk menyemak dan meneliti semula mengenai undang-undang menghendap secara menyeluruh.

Susulan perbincangan tersebut, kerajaan pada 24 Februari lalu telah mempersetujui bahawa perkara-perkara polisi berhubung kesalahan anti menghendap yang telah ditetapkan sebelum ini dikekalkan dengan penambahbaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI