fbpx

MAIWP tetapkan tiga kadar zakat fitrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk tahun ini.

Pengumuman kadar zakat itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar selepas majlis penyampaian bantuan Ihya’ Ramadan dan Tauliah Amil Zakat Fitrah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Penetapan kadar RM7, RM14 dan RM21 itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

Kadar RM7 itu berdasarkan kepada satu Gantang Baghdad atau harga bagi 2.6 kilogram beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Manakala, dua lagi kadar zakat fitrah RM14 dan RM21 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan ingin membayar mengikut harga beras dimakan bagi diri dan tanggungan.

Pada tahun ini, Pusat Pungutuan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) juga telah melantik seramai 921 orang ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan untuk mengutip zakat fitrah sama ada di 10 kaunter zakat PPZ-MAIWP, masjid-masjid, surau-surau, pasaraya dan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI