fbpx

Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh, kereta disimbah cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nota ugutan bunuh serta kereta milik penulis skrip filem Metega Terbang yang disimbah asid serta cat, pagi tadi.

PETALING JAYA – Kereta milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang telah dirosakkan dengan simbahan cat dan bahan asid serta ditinggalkan nota ugutan bunuh, pagi tadi.

Menerusi perkongsian gambar di Twitter @Amerhadiazmi, kelihatan kereta jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih dipenuhi kesan simbahan asid serta cat berwarna merah dan hitam.

“Cat serta asid disimbah ke kereta pengarah dan pelakon Mentega Terbang oleh individu tidak dikenali. Turut ditinggalkan, nota ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran itu, nota ugutan bunuh bertulis ‘lu dengan family mesti mati’ dan nota amaran ‘Mentega Terbang jangan cabar agama Islam’.

Peguam kepada kedua-dua mangsa, Zaid Malek berkata, anak guamnya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu, pagi tadi.

“Mereka memberitahu kejadian disedari pagi tadi ketika hendak keluar dari rumah. Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan Kajang.

“Persoalannya sekarang, bagaimana orang awak mengetahui yang mana satu kenderaan mangsa dan di mana rumah mereka. Perkara ini perlu diulas oleh pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Zaid, keselamatan anak guamnya turut terancam selepas menerima ugutan mesej selepas memberi keterangan pada pihak polis.

“Kami harap perlindungan sewajarnya dapat diberikan kepada mereka ekoran suasana di negara juga sedang ‘hangat’ disebabkan golongan tertentu memainkan isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengecam tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab mengugut pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang.

Katanya, masyarakat perlu mematuhi undang-undang dan tidak perlu mengambil kesempatan dengan merosakkan harta benda persendirian serta mengancam nyawa orang lain.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI