fbpx

Hospital Selgate Rawang dijangka beroperasi tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Mariah.

SHAH ALAM – Hospital Selgate Corporation Sdn. Bhd. (Selgate) di Rawang dijangka beroperasi pertengahan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, buat masa kini Selgate yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri akan melantik syarikat baharu bagi pembinaan hospital tersebut berikutan syarikat yang dilantik sebelum ini telah ditamatkan kontrak.

“Status Hospital Selgate Rawang kini dalam proses tender syarikat pembinaan utama (yang baharu). Oleh itu, pembinaan hospital ini akan mengambil masa setahun untuk disiapkan dan dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2024,” katanya ketika sesi pergulungan titah Sultan Selangor di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Hospital Selgate Rawang yang dijangka menelan kos perbelanjaan RM130juta
sepatutnya siap pada Disember 2019 dan beroperasi pada tahun 2020.

Dalam perkembangan berlainan, Siti Mariah turut memaklumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang merancang melantik syarikat lain sebagai pemaju tanah bagi pembinaan Hospital Jantung di Shah Alam.

“Pada awalnya, PKNS melantik syarikat Binapuri Sdn. Bhd. (Binapura) sebagai pemaju tanah dan kini, PKNS merancang melantik syarikat lain yang lebih berkemampuan untuk menggantikan syarikat ini (Binapura),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI