fbpx

Harga rokok di Britain naik lagi, jadi RM96 sekotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perokok di Britain berdepan peningkatan mendadak harga bahan tembakau itu bermula semalam. – Getty Images

LONDON – Perokok di Britain bakal menyaksikan perbelanjaan mereka semakin meningkat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan cukai tembakau dalam pembentangan Bajet Musim Bunga semalam, lapor akhbar Daily Star.

Canselor Jeremy Hunt ketika membentangkan bajet itu berkata, lonjakan dalam duti tembakau akan menyaksikan harga sekotak rokok meningkat sehingga £11.80 (RM64.17) pada pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam.

Harga bagi kotak mengandungi 20 batang rokok pula akan meningkat sebanyak £1.15 (RM6.25) di bawah kadar baharu itu, demikian menurut makluman Hunt kepada Dewan Rakyat awal semalam.

Pengumuman itu merupakan sebahagian daripada Bajet Musim Luruh kerajaan Britain ketika ia terus berusaha menyelamatkan negara itu daripada impak Covid-19 serta krisis kos sara hidup.

Selain harga rokok biasa yang akan dinaikkan kepada £11.80 daripada £10.65 (RM57.90) sebelum ini, rokok premium pula boleh melonjak daripada £15.35 kepada £17.65 sekotak (RM83.49 kepada RM96).

Kerajaan Britain pada masa ini menyasarkan untuk menjadikan negara itu bebas rokok menjelang 2030 dengan kurang lima peratus daripada penduduknya adalah perokok. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI