fbpx

Cadangan wujudkan mufti besar perlu diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nai'm ketika merasmikan Persidangan Pengurusan Masjid dan Surau Jumaat WPKL, Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan dan Tauliah Amil Zakat Fitrah di Masjid Wilayah, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk mewujudkan mufti besar perlu diteliti kerana penurusan agama terletak di bawah kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar.

Beliau berkata, pelaksanaannya juga bergantung kepada penerimaan semua pihak.

“Cadangan itu seperti mana yang kita sedia maklum, kuasa agama termasuklah fatwa dan mewujudkan fatwa mufti tadi itu adalah kuasa negeri.

“Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan ini pun, kita ada Mufti Wilayah Persekutuan yang menasihat Agong, mufti negeri-negeri menasihat sultan di negeri masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Masjid dan Surau Jumaat WPKL, Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan dan Tauliah Amil Zakat Fitrah di Masjid Wilayah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas cadangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya melantik Menteri Agama sebagai mufti besar seperti yang diamalkan di beberapa negara.

Sementara itu, Mohd. Naim ketika ditanya mengenai cadangan agar akta berkaitan menghina agama Islam dipinda katanya, satu perbincangan akan diadakan bersama Jabatan Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti perkara tersebut.

“Kita akan bawa untuk perbincangan dan saya akan dapatkan laporan daripada penasihat undang-undang Jakim sejauh mana boleh buat pemindaan kepada seksyen tertentu

“Perkara itu masih di peringkat usul,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI