fbpx

Beritahu ibu ingin mendaki seorang diri sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI SAR mangsa memasuki hari kedua di Bukit Beruang di Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFFEQ AHMAD

MELAKA – Seorang peniaga yang dilaporkan hilang selepas keluar mendaki Bukit Beruang di sini sempat memaklumkan kepada ibunya untuk melakukan aktiviti itu seorang diri, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 itu, mangsa, Steven Tan Kim Huat, 45, dipercayai telah sesat dan gagal ditemui sehingga pukul 2.30 petang hari ini.

Abangnya yang ingin dikenali sebagai Kelvin berkata, kehilangan adiknya disedari selepas mangsa tidak pulang ke rumah di Krubong Jaya sehingga pukul 8 malam.

“Adik ada beritahu ibu dia ingin keluar mendaki di Bukit Beruang seorang diri, namun kami mulai rasa tidak sedap hari apabila dia tidak balik meskipun hari sudah malam.

“Saya ada cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun gagal dan terus ajak adik ipar ke Bukit Beruang untuk mencarinya suaminya di sana,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun gagal dikesan, namun kereta miliknya jenis Suzuki Swift masih berada di parkir di kaki Bukit Beruang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Katanya, setakat pukul 2.30 petang tadi operasi SAR masih belum mengesan sebarang tanda-tanda penemuan mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI