fbpx

Watak berhijab petunjuk daripada Allah – Tissa Biani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TISSA BIANI

SERING menerima watak wanita bertudung, pelakon Tissa Biani menganggap itu sebagai petanda daripada Allah untuk dirinya segera berhijab.

Pelakon filem KKN di Desa Penari itu berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk berhijrah ke arah itu.

“Saya rasa mendapat petunjuk agar menutup aurat melalui watak-watak yang dijayakan menuntut saya berhijab. Saya belum bersedia tapi insya-Allah suatu hari nanti,” ujarnya.

Tissa berkata, dia sudah lama menyimpan niat untuk berhijab, namun mahu penghijrahan itu dilakukan bukan kerana terpaksa.

“Pakai tudung tidak boleh kerana disuruh orang, harus benar-benar dengan keyakinan hati. Insya-Allah dengan keredaan-Nya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon bertubuh genit itu menafikan kesukaran berfesyen menjadi punca dia belum berhijab.

“Selama saya menjadi artis fesyen bukan masalah untuk berhijab kerana penampilan saya jarang seksi. Saya lebih selesa pakai baju tertutup,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI