fbpx

Dewan Rakyat: Cadangan Bantuan Awal Persekolahan disalur ke akaun murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti cadangan pengagihan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) secara kredit terus ke akaun murid sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, cadangan itu adalah bagi memastikan insiden seperti kecuaian atau kecurian wang tersebut tidak berlaku.

“Cadangan ini namun perlu mengambil kira kesedian pihak bank dan kesukaran murid di kawasan pendalaman yang memerlukan kos untuk berurusan di bank.

“Buat masa sekarang selagi murid ada akaun bank, kita akan salurkan terus kepada akaun tetapi bilangannya amat sedikit dan kebanyakan (pengagihan) masih secara tunai kepada ibu bapa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) mengenai mekanisme terbaik yang perlu dilaksanakan oleh KPM bagi mengatasi masalah pengurusan wang BAP agar isu kecuaian atau kecurian wang tersebut tidak berulang.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Isam, beliau memaklumkan KPM akan memohon pihak sekolah untuk membuat pemulangan lebihan wang BAP sebelum 31 Julai 2023 selepas sekolah mengesahkan semua murid yang layak telah menerimanya.

“Kita amat menggalakkan kanak-kanak membuka akaun bank sebab wang ini (BAP) tidak boleh masuk terus ke akaun ibu bapa.

“Bagaimanapun kita tidak boleh paksa. Kita memang terima banyak maklum balas (kesulitan) dari ibu bapa kena datang ke bank pada waktu bekerja dan sebagainya. kita akan terus baiki proses pengagihan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI