fbpx

Dewan Rakyat: 18,740 kuarters guru KPM tidak diduduki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,740 daripada 47,947 unit kuarters guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara tidak diduduki.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, selain faktor kerosakan, antara sebab ia tidak diduduki kerana lokasinya yang jauh dari sekolah.

“Mengikut data banyak kuarters tidak diduduki. Satu daripada sebabnya adalah lokasi. Kebanyakan lokasi tidak berdekatan sekolah, jadi guru buat keputusan tidak duduk di kuarters.

“Bangunan (kuarters) yang usang kita tunggu laporan kajian daripada perunding hartanah dan kami akan merancang tindakan seterusnya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) tentang jumlah kuarters guru yang ada dan perancangan untuk baik pulih dan selenggara kuarters guru yang uzur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI