fbpx

Badminton bakal dominasi senarai nama Road To Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (dua dari kanan) bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Seri Lee Tian Hock menyerahkan tajaan kepada S. Kisona di ABM, Kuala Lumpur kelmarin.

SENARAI atlet elit yang akan menyertai projek ‘Road to Gold’ (RTG) ke Paris 2024 mungkin boleh sudah dijangka dengan kemungkinan besar didominasi oleh atlet badminton dalam se­narai awal tersebut.

Ini kerana berdasarkan dua ciri ditetapkan jawatankuasa RTG yang baharu ditubuhkan kelmarin menyaksikan atlet yang sudah memenangi pingat pada Sukan Olimpik berada dalam senarai teratas.

Antara senarai awal dalam projek RTG adalah pemenang pingat perak Olimpik Tokyo, Datuk Azizulhasni Awang; beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan juga ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.

Senarai itu juga bertambah apabila ada pemain negara berada dalam ranking 10 terbaik dunia untuk disenaraikan kepada jawatankuasa RTG, sekali gus menyaksikan badminton mendominasi senarai pemilihan ke Paris 2024 dan juga Los Angeles 2028.

Ketika ini terdapat lima beregu (lelaki wanita dan campuran) badminton negara berada dalam senarai 10 terbaik dunia diikuti jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang kini menduduki tangga keempat dunia.

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang turut dilantik sebagai pengerusi bersama jawatankuasa RTG menegaskan, pemilihan atlet untuk berada dalam senarai RTG akan melepasi dua kriteria yang ditetapkan untuk berada dalam program tersebut.

“Kita menilai berdasarkan dua kriteria iaitu pemenang pingat Olimpik dan sudah tentu jaguh berbasikal negara, Azizulhasni; beregu badminton negara, Aaron-Wooi Yik dan juga ratu terjun negara, Pandelela dalam senarai.

“Berdasarkan senarai juga (10 terbaik) tentu saja Lee Zii Jia, Pearly Tan-M Thinaah dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berada dalam kelompok berkenaan,” katanya ketika ditemui ditemui pada majlis penyerahan tajaan daripada Matrix Concepts di Akademi Badminton Malaysia (ABM) kelmarin.

Sebagai rekod, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi berada di ran­king kedua dunia, manakala Pearly-Thinaah (ranking ke 6 dunia) dan Ee Yi-Yew Sin yang juga pasangan lelaki profesional negara (ranking ke 8 dunia).

Selain itu, beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai masing-masing berada di tempat keenam dan kelapan dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI