fbpx

Saya dan PM tidak ambil ganja – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika bercakap pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil ganja.

Justeru, katanya, pihak yang menghantar ganja ke pejabat beliau dan Anwar sekadar membuang duit dengan berbuat demikian.

“Saya tidak tengok pun (ganja yang dihantar). Orang hantar ganja jadi (panggil) polis datang ambil, itu saja.

“Buang duit hantar ganja sebab saya tidak ambil ganja. Sya tidak tahu mengapa ia dihantar ke pejabat dan saya tidak buka pun bungkusan itu.

“Ia dialamatkan kepada Perdana Menteri dan saya, Kami berdua tidak ambil ganja. Sudah tentu ia dihantar terus ke balai polis,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan satu bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Jumaat lalu.

Dalam serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong itu, polis berjaya merampas satu tiub ubat gigi berpenutup hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dipetik berkata, sebaik diperiksa, pihaknya menemui pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati barang yang dirampas itu tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik yang dialamatkan.

“Serbuan dibuat hasil maklumat oleh seorang penjawat awam di sebuah kementerian yang memaklumkan menerima satu panggilan telefon mengenai kiriman itu.

“Pengadu memaklumkan kiriman bungkusan itu dialamatkan atas nama dua ahli politik berkenaan dan bungkusan itu perlu dituntut di hab kurier,” kata Wan Kamarul Azran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI