fbpx

Mahkamah: Majikan tipu tuntutan Penjana Kerjaya didenda RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezza Suria (dua, kanan) didenda RM25,000 kerana memalsu dokumen tuntuan Penjana Kerjaya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemilik sebuah syarikat pembinaan dan renovasi didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pemalsuan dokumen berkaitan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) pada tiga tahun lalu.

Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ezza Suria Muda, 38, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memalsukan borang pendaftaran Penjana Kerjaya pada 3 dan 23 November 2020.

Ezza Suria didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara dua hingga tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan selain mengarahkan wang RM309,000 di dalam akaun syarikat tertuduh dilucuthakkan.

Mohd. Azhar dalam penghakimannya menolak hujahan peguam tertuduh yang mendakwa kerajaan tidak mengalami sebarang kerugian.

“Siasatan mendapati sebahagian perbelanjaan telah diperuntukkan (kerajaan).Kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan akan berleluasa jika tidak dibendung,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir dan Ahmad Fauzi Mohamed. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI