fbpx

‘Jangan cuba promosi gaya hidup songsang di Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im.

PUTRAJAYA – Kerajaaan tidak akan menerima apa-apa usaha untuk mempromosi dan menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam juga fitrah insan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar berkata, beliau telah menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk bekerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan ke atas perhimpunan dan perarakan itu.

“Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

“Kami ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, satu video tular tersebar dipercayai satu perarakan kumpulan seks songsang yang didakwa berlaku di Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata, polis akan memanggil pihak yang menyertai perhimpunan dan perarakan itu bagi membantu siasatan kerana tidak mematuhi peruntukan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI