fbpx

Projek terbengkalai jejas imej Kerajaan Negeri Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Ali pada majlis Pembukaan Sidang Pertama Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15, di Seri Negeri, Melaka. FOTO MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan negeri perlu menyiapkan projek-projek pelancongan terbengkalai dan menambah baik penampilan fizikal sebelum Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kata Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya terdapat beberapa projek dan produk pelancongan di negeri ini yang terbengkalai dan telah lama tidak beroperasi.

Tegasnya, keadaan itu secara tidak langsung menjejaskan imej kerajaan negeri kerana tumpuan pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Saya minta Ketua Menteri (Datuk Seri Sulaiman Md. Ali) agar dapat menyelesaikan projek terbengkalai dan menambah baik penampilan fizikal sebelum TMM 2024.

“Selain itu, kita perlu pastikan agar semua produk pelancongan Melaka bertaraf lima bintang bagi memenuhi permintaan pelancong dan menerokai pelancongan baharu seperti geopelancongan, arkeopelancongan dan ekopelancongan,” katanya dalam ucapan perasmian Pembukaan Sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau juga berpandangan agar pindaan dibuat ke atas enakmen warisan negeri untuk memberi fleksibiliti kepada kerajaan negeri menguruskan kemudahan infrastruktur dan jaringan komunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI